Salah ke kalau cakap “Tak Tahu”?

Kita selalu berlagak pandai… Asal ada orang sembang je dengan kita, mesti kita buat-buat tahu tentang topik yang disembangkan walaupun sebenarnya kita takdelah tahu sangat pasal topik tu.

Alasan kita buat demikian adalah kerana kita enggan dipandang sebagai seorang yang jahil dan bodoh.

Macam nilah ye, lebih baik kita mengaku kita tak tahu daripada kita mengangguk tahu tapi akhirnya bila perbualan diteruskan, tembelang kita pecah… Betul tak?

Anda akan tampak lebih macho, jujur dan relaks jika anda mengaku bahawa anda tidak tahu tentang topik yang dibualkan. Dan pastinya anda akan rasa malu, rasa macam nak letak je muka dalam baldi berisi air cili, jika topik yang anda mengaku arif tu akhirnya memerangkap kejahilan anda sendiri….

Jadi, jangan malu untuk mengaku anda tidak tahu ok? Be yourself!

Badr : Kalau malu, gunakan ayat yang sopan dan macho, “maaf la ye, saya kurang arif bab ni…” atau “erm.. saya pun tak berani nak cakap sebab saya pun baru lagi dalam hal ni”

2 Responses to “Salah ke kalau cakap “Tak Tahu”?”

  1. azhad Says:

    macam mana kalau tau tpi cakap tk tau(sbb nak sembunyikan sesuatu perkara)=(

  2. badrulsani Says:

    simple… senyum dan geleng kepala sambil cakap tak tau…. (everybody has their own secrets)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: