Hala Tuju Anda… Mengapa masih belum tiba?

Semua orang memiliki impian… Bezanya ada yang kecil dan ada yang besar… Besar atau kecilnya impian ini bergantung kepada saiz minda (bukan otak) seseorang tersebut. Mereka yang banyak membenarkan diri mereka didedahkan dengan pengalaman menarik pastinya memiliki impian yang cukup besar berbanding mereka yang hanya ‘play safe’, takut untuk mencuba sesuatu dan cakap tak serupa bikin.

Walau apapun impian anda, persoalannya ialah, mengapa impian tersebut masih belum dapat direalisasikan?!

Pada minggu ini, Badr nak berkongsi dengan anda semua, bagaimana kita mampu merealisasikan impian kita… Kenapa kita gagal dan kenapa kita berjaya…

Kita mulakan dengan langkah pertama…

MATLAMAT YANG SPESIFIK!

Manusia semuanya memiliki matlamat. Masalahnya ialah, matlamat mereka kebanyakannya terlalu umum. Mereka mengindamkan sesuatu yang tidak jelas. Hanya perkataan-perkataan ‘general’ yang digunakan apabila mereka ditanya tentang masa depan mereka.

Ada yang menjawab… “Saya nak hidup senang…” atau “Saya mahu memiliki wang yang banyak dan kereta mewah.” Perasan tak? It’s too general!!

Orang yang berjaya dalam hidup mereka memiliki matlamat dan matlamat mereka jelas dan detail! Contoh : “Aku ingin memiliki 2 akaun bank, satu tempatan dan satu lagi di luar negara yang mana setiap satunya mempunyai RM1 juta sebelum umurku mencecah 35 tahun.” Atau “Aku ingin memiliki sebuah rumah teres dua tingkat, corner lot, berharga RM300,000 pada akhir tahun 2010.”

Perbezaan ini walaupun nampak macam taklah besar sangat, tetapi inilah titik tolak kejayaan seseorang. Orang yang berjaya, dia berjaya menampakkan kejayaannya sebelum merangkul kejayaan tersebut secara realiti.

Bagaimana dengan anda? Jom kita sama-sama letakkan matlamat yang spesifik! Badr pun ingin berubah menjadi seorang yang berjaya! Calo bette!

Badr : Tengah semangat mendalami ilmu NLP.

2 Responses to “Hala Tuju Anda… Mengapa masih belum tiba?”

  1. amal_irshadian Says:

    tahniah…….kebanggaan irshadians n kak raidah hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: