What U Give…U Get Back! But…

What u give, u get back… What comes around, goes around… Hukum Karma… Buat baik dibalas baik… Ini antara kata-kata yang membawa maksud yang sama… Tapi sejauh mana kesahihannya?

Hehe Badr bukannya nak menyangkal apa yang diungkapkan oleh manusia sejak turun temurun tu…Cuma nak tambah sikit saje. WHAT U GIVE, U GET BACK! BUT SOMETIMES U GET BACK MORE!

Haaa…biar betul? Betul la…takkan Badr nak tipu pulak. Just nak bawak anda menyusuri ukiran ayat suci Al-Quran dalam Surah Muhammad yang bermaksud,

“WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, SEKIRANYA KAMU MENOLONG
AGAMA ALLAH, ALLAH AKAN MENOLONG KAMU DAN
MENGUATKAN KEDUDUKAN KAMU!”

Sebenarnya ayat ini sudah 8 tahun Badr amal dan hayati. Alhamdulillah, dengan menghidupkan maksud ayat ini dalam diri, kehidupan Badr bahagia… Kenapa?

Kerana setiap kali nak melakukan sesuatu, kiblatkanlah hati kita untuk membantu agama Allah… Walau sekecil mana pun usaha kita, jangan sekali-kali kita lupa untuk berniat kerana Allah. Kerana dengan usaha inilah Allah bukan setakat membantu malah menguatkan kedudukan kita.

Contoh: Andaikan kita seorang pemimpin pelajar (pengawas, ketua tingkatan, presiden / pengerusi persatuan), tugas kita banyak, dan kerja sekolah pun bertimbun, dan exam pun dah nak dekat. Secara logiknya, mustahil untuk kita buat semua perkara tersebut. TETAPI

Andai kita tatkala melakukan tugas kita, kita hamparkan hati dan jiwa kita hanya semata untuk Allah dan berniat untuk membantu agamanya, insyaAllah Allah akan membantu kita dalam tugas kita. Dan tidak cukup dengan itu, Allah juga akan kuatkan kedudukan kita. Allah akan bantu kita dalam pelajaran, kerja sekolah dan peperiksaan kita. Why? Sebab kita berniat untuk membantu agama Allah! Dan Allah dah pun berjanji dalam Al-Quran; untuk membantu kita dan menguatkan kedudukan kita.

Persoalannya, macam mana nak niat membantu agama Allah ini? Contoh: kita buat kerja pengawas…Niatlah dalam hati, “aku buat kerja-kerja ini supaya aku dapat bantu sekolah dan bantu pelajar untuk menjadi Muslim/Muslimah sejati…”

Atau kita sibuk dengan latihan pidato / debat / forum …Niatlah dalam hati, “aku laburkan masaku ini untuk menjadi Muslim yang hebat berbicara dan matang berfikir supaya aku dapat membantu dalam menyebarkan Islam suatu hari nanti.”

Niat-niat sebegini secara tidak langsung meletakkan matlamat untuk membantu agama Allah. Dan ingat, Allah telah berfirman untuk membantu mereka yang membantu agama Allah. InsyaAllah kita mampu berjaya!

Sebab tu Badr cakap, what u give, u get back but sometimes u get back more!

Badr : Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali atau dua kali atau berapa kali sekalipun! Jgn buat jahat langsung!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: