I DON’T AGREE WITH U BUT U’LL LIKE ME!

Pernah tak korang rasa macam menyampah je kat idea sorang mamat/minah ni? Tapi masalahnya korang tak tau macam mana nak menyanggah apatah lagi menolak idea tak cerdik tu ke tepi? Pernah? Jom kita tengok macam mana kita nak selesaikan!

Manusia sememangnya sentiasa berbalah… Tak habis-habis dengan pertelingkahan, pergaduhan dan persengketaan. Semuanya berasal daripada rasa kurang setuju dengan sesuatu. So hari ni Badr nak kongsi dengan korang semua, macam mana kita nak menghadapi rasa tidak setuju ini dengan bijak. Dan kalau kena caranya, benda yang korang kurang setuju ini akan berubah menjadi sesuatu yang korang nak!

OK, bila korang dengar je idea mengarut or perkara yang korang tak setuju, JGN CEPAT MELATAH…Biar kan orang tu habiskan kata-katanya terlebih dulu. Lepas dia dah habis cakap, korang buat teknik “I DON’T AGREE WITH U BUT YOU’LL LIKE ME!”

Langkah 1 : Puji atau hargai idea ‘mengarut’ tu terlebih dahulu. Why? Untuk selesakan orang yang bagi idea tersebut dan untuk timbulkan diplomasi bukannya konfrontasi. Contoh: “Emm..idea awak tu menarik,” atau “Betul, saya setuju dengan idea awak cuma…”

Langkah 2 : Beritahu rasa tidak bersetuju dengan cara yang paling hormat dan lembut. Jangan la cakap,
1) “Mana awak dapat idea bodoh macam tu?” atau
2) “Bangang la kau ni… Takkan la orang lain pikir macam tu” atau
3) “Dah la tu, mengarut betul…Next!”

Sebaliknya, korang kena ungkapkan kata-kata seperti,
1) “Aku pulak lihat dari sudut yang lain…Aku lebih suka kalau…” atau
2) “Kali ini mungkin kita tak berkongsi pendapat, tapi takpe, sebab ni pun cuma pendapat aku..Apakata kalau…” atau
3) “Saya pula percaya bahawa….Mungkin kita berbeza kerana perspektif dan latar belakang yang berlainan…”

Langkah 3 : Simpulkan idea anda sambil menghormati idea dia. Dengan cara ini, kita mampu seret ego orang yang beridea mengarut tu mengikut kehendak dan pendapat kita.
Contoh : “Jadi kalau dipertimbangkan idea saya sebentar tadi, insyaAllah kita mampu mencapai target. Dan idea yang diberikan oleh rakan kita tadi juga bagus.  Cuma sekarang bukan kita nak lihat idea siapa yang bagus, tapi kita nak hasil yang hebat. Jadi mari kita putuskan yang mana lebih praktikal.”

Cuba lah try test!

Badr : Selalu tidak bersetuju tetapi berminat untuk mendengar penjelasan. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: