Menang atau Kalah… Adat bertanding…

Badr baru pulang dari SMK Bandar Damai Perdana… Sajer nak pegi bagi sokongan moral kepada AMPACers yang menyertai Pertandingan Pidato Piala Diraja. Walaupun tidak membolot kejuaraan, Badr masih bersyukur kerana mereka yang menyertai pertandingan ini langsung tidak pernah mengimpikan untuk berada dalam pertandingan sebegitu.

Ketiga-tiga AMPACers ini bukanlah mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni bicara. Ketiga-tiga mereka juga hanya cuba berpidato selepas menyertai AMPAC. Dan alhamdulillah, ketiga-tiga ini akhirnya dipilih oleh sekolah untuk berjuang dalam pertandingan berprestij ini. Tahniah kepada Hasan, Amirurrahim dan Hidayu kerana berjaya berubah menjadi seorang yang lebih aktif berbanding dulu! Syabas bette!

Yang menariknya, jelas terpancar di wajah mereka kepuasan walaupun tidak dipilih menjadi 6 peserta terbaik. Mereka puas kerana memperoleh pengalaman yang cukup bermakna…Pengalaman yang bakal memandu mereka ke arah kematangan dalam berfikir dan berbicara!

Soal menang atau kalah itu bukanlah soal pokok. Yang penting, apa yang kita belajar dalam perjalanan melakar kemenangan dan apa yang kita faham ketika dirundung kekalahan. Kemenangan hanya akan jadi kegembiraan 2 hari dan kemudian ditelan sejarah. Manakala kekalahan mampu menjadi faktor motivasi untuk terus berjaya hingga ke akhir hayat… Semuanya bergantung bagaimana minda kita mentakrifkannya!

Badr : Bangga tengok AMPACers yang dahulunya malu berbicara dan hari berdiri di arena Pidato Piala Diraja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: