It’s All About Your Mind Camp…

Alhamdulillah, Program Al-Falah yang diadakan baru-baru ini telah dilaksanakan dengan jayanya! Syukur segalanya berjalan dengan lancar dan enjoy! Badr rasa inilah kem yang paling best Badr pernah sertai dan kelolakan. Peserta-peserta yang sporting, peramah dan bersemangat kental membuatkan program ini teramat menarik! Tak cukup dengan tu, para fasi yang terdiri daripada mereka yang cukup berpengalaman juga menyempurnakan lagi program berbentuk survival ini! Thanks to all of you! You all are so wonderful!

Di sini prinsip “It’s All About Your Mind” diaplikasikan sehabis-habisnya! Hehe… memang program ini menguji ketahanan mental dan fizikal. Kalau tak kuat minda, confirm tak boleh nak lalui cabaran-cabaran sepanjang program ni. Nightwalk contohnya, berjalan dalam hutan tanpa lampu suluh, dan terpaksa pula bertiga-tiga merentasi satu kawasan yang tidak mahu dilalui oleh orang kampong tersebut atas sebab-sebab tertentu… Dengar penerangan Abg Ramli, wakil Kem Suara Rimba je pun dah takut, inikan pula bila dah sampai kawasan tersebut dan diganggu oleh penunggu-penunggu di tempat tu… Ada yang hampir pengsan! Hehe…

Itu baru nightwalk, belum lagi cakap tentang ekspedisi menuju ke tapak perkhemahan. Dah sampai sana, aktiviti menyembelih ayam juga menjadi cabaran terutama untuk mereka yang tak boleh tengok darah…Hehe… Menjadi lebih mencabar apabila lepas tu hujan turun macam tak nak berhenti! Lebat sampai ada khemah yang tak boleh nak guna dah… Memang betul-betul survival lah…

Malam tu Badr, Farish, Abg. Aril, Abg Anas dan abg-abg Kem Suara Hutan tidur dalam open tent je…Alhamdulillah takde nyamuk…Haha, sebenarnya ada, tapi since kami jadikan Fumakilla aerosol sebagai perfume (siap spray bawah ketiak lagi), takdelah serangga nak datang…hehehe

Esoknya kitaorang ada aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Flying fox pun ada…Dan waktu nak balik tu, treknya agak menarik tetapi tidaklah mencabar macam mula-mula nak pegi tu…Bila dah sampai chalet, bukan makanan yang kitaorang cari, tapi mandi menjadi aktiviti yang pertama dan utama! Hahaha… It’s so goooood……

Then, selepas majlis penutup kitaorang balik dengan seribu pengalaman dan satu pengharapan iaitu untuk menjadi lebih yakin dari kami yang dulu…

Badr : Kepada semua peserta Kem Al-Falah 08, tunggu Reunion kita ye!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: