Bersyukurlah kita berkeluarga…

Baru-baru ni, Badr bersama AMPACers (penuntut Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy), telah mengadakan ziarah ke rumah anak yatim di Rumah Nur Hikmah, Kajang, Selangor. Apabila bersua dengan anak-anak kecil, terdetik rasa pilu mengenangkan nasib mereka yang dibesarkan tanpa kasih sayang ibu bapa seperti mana yang kita terima…

Melihat keadaan tempat dan mengamati suasana kehidupan di sana, Badr dapat rasakan betapa Badr amat amat amat bertuah dalam hidup kerana Badr sendiri dibesarkan daripada keluarga yang senang…Walaupun bukanlah dari keluarga yang kaya raya, tetapi tiada apa yang kurang dalam keluarga Badr…

Dan kesayuan semakin menjadi-jadi apabila ziarah kami diakhiri dengan persembahan nyanyian oleh mereka…Nasyid “Di Pondok Kecil”…Ya Allah, betapa hatiku ketika itu meronta-ronta ingin menangis tetapi Badr masih dapat mengawal keadaan. Mereka mungkin tidak memahami maksud sebenar lagu tersebut tetapi yang pasti saat mereka menyanyikan bait-bait irama nasyid tersebut, mereka mesti terbayangkan wajah ayah dan ibu mereka…

Alhamdulillah sepanjang ziarah, AMPACers telah berjaya menggembirakan hati penghuni Rumah Nur Hikmah yang terdiri daripada kanak berusia 3 – 16 tahun. Pelbagai aktiviti kami lakukan…Mewarna, susun puzzle, tiru gaya dan macam-macam lagi. InsyaAllah, ada rezeki, kami akan meneruskan lagi program-program sebegini!

Badr: “Di pondok kecil…Di pantai ombak…berbuih putih…beralun-alun… (I can’t continue this song..sebak)”

One Response to “Bersyukurlah kita berkeluarga…”

  1. coachsha Says:

    Salam!

    OOOOhhhh…your post makes me wanna cry… i know the nasyid well. sedangkan kita yang berbapa beribu sebak dan sayu apatah lagi mereka. Anak yatim anak yang mulia. Dilindungi Allah setiap masa.

    Way to go Ampacers!!
    Salute.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: