AMPAC Special Session…Memang Special!

Salam semua!!! Just want you to read sedutan daripada ruangan berita di http://www.ampac-academy.com …Anyway, the AMPAC Special Session hari tu memang best giler!

Cuti sekolah kali ini amat bermakna untuk AMPACers! AMPAC Special Session telah mengumpulkan aktiviti-aktiviti menarik yang menguji kreativiti, kerjasama kumpulan, ketekunan, kesabaran dan kemahiran berbicara AMPACers.

Bermula di Taman Tasik Cempaka, AMPACers ditugaskan untuk menyelami dunia usahawan di Kompleks PKNS Bangi. Mereka menemuramah peniaga, mendapatkan flyers dan brochures, dan memerhatikan dengan teliti susun atur serta bilangan perniagaan yang wujud di situ.

AMPACers kemudiannya ditugaskan juga untuk menyebarkan flyers AMPAC dan menerangkan serba sedikit mengenai AMPAC kepada mereka yang tidak dikenali. Waktu inilah kemahiran berkomunikasi mereka sekali lagi diuji! Yang pemalu, terpaksa melenyapkan rasa malu untuk menyempurnakan misi ini!

Kemudian, mereka ditugaskan pula membuat presentasi tentang hasil penemuan mereka sepanjang misi mereka di PKNS. Kali ini bukan setakat kemahiran presentasi malah kerjasama kumpulan turut memainkan peranan penting.

Setelah berhenti rehat mereka meneruskan misi yang berikutnya iaitu Special Chess Tournament. Kalau sebelum ini mereka hebat bermain chess dalam keadaan senyap, apa kata kali ini mereka berentap dalam keadaan yang bingit dengan sokongan rakan-rakan yang tidak jemu memberikan idea!

Dan misi yang terakhir, Battle of Tounges. Mereka diberikan situasi masalah dan mereka perlu menyelesaikan dan membentangkannya di hadapan kumpulan lain yang sentiasa menanti untuk membangkang!! Satu latihan yg baik untuk mempertajamkan skil debat dan komunikasi!

Alhamdulillah, setelah tamat program ini, feedback yang diperoleh daripada AMPACers amat memberangsangkan! Mereka enjoy dan dalam masa yang sama mereka telah mempelajari perkara yang sukar ditemui di sekolah dan menerokai kemampuan diri mereka yang sebenarnya amat berpotensi! Tahniah AMPACers!

Badr : Exposure leads to expansion….Yeah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: