Dating…What’s wrong?

Salah ke dating? Ini antara persoalan yang selalu ditanya oleh remaja masa kini… Jawapan Badr; dating lah waktu dah kahwin…Best giler!!!!!!!!!!!! Betul… Jom kita tengok apa kelebihan dating selepas kahwin…

1) Boleh pegang tangan!!!!!!!!!!! (kalau sebelum kahwin, berdosa tau! Haram! Yang perempuan seolah-olah menurunkan harga diri kerana membenarkan kesuciannya disentuh oleh lelaki yang belum tentu menjadi miliknya)

2) Boleh jalan berdua je… dah tak payah ada teman… (kalau sebelum kahwin, kena ajak adik or mak keluar sekali…ni dah tak payah, berdua-duaan pun orang tak boleh cekup!)

3)  Orang tak pandang kita semacam…(kalau belum kahwin, orang ushar lain je..muka menyampah ada, muka meluat pun banyak…silap-silap ada yang doakan korang yang bukan-bukan!)

4)  Boleh naik kereta berdua, naik roller coaster berdua, tengok wayang berdua! Nobody can stop you…(Melainkan bawak kereta macam orang gila, konfem polis akan stop korang!)

5) Setiap sentuhan dan kemesraan mendapat pahala di sisi Allah… Dan apabila seseorang yang berkahwin itu mengerjakan solat dua rakaat, digandakan pahalanya sebanyak 70 kali!  (haaa…untung ni orang yang dah kahwin!)

Justeru hadirin sekalian (ayat syarahan le pulak), marilah kita berdating selepas berkahwin… nescaya nikmatnya amatlah besar! Dan bagi adik-adikku yang muda remaja, peliharalah maruah mu..Jangan dibiarkan dara mu diusik, kehormatan mu dipermain, dan kesucian mu dinodai… Rugi tau kalau korang bagi pakwe pegang-pegang tangan dan tubuh korang…dosa satu hal, maruah satu hal, dan masa depan kita tak tahu…

Ntah-ntah jantan tu sekadar nak puaskan nafsu.. Ataupun lelaki itu bukanlah jodoh korang… Bayangkan nanti korang dah kahwin dengan orang lain, kemudian terserempak dengan bekas pakwe yang pernah ‘menerokai’ maruah dan aurat korang, tak ke tertekan seumur hidup…Suami yang sah tu nanti yg jadi mangsa… So sentiasa berjaga-jaga dalam perhubungan! Simpan yang best-best tu lepas kahwin…konfem hidup akan enjoy… InsyaAllah…

Percayalah, apabila hubungan sudah halal, apa yang kita lakukan menjadi ibadah kepada Allah… Maknanya, keluar dating pun akan dapat pahala!!!!! Dan jgnlah tergolong dalam golongan yang sambil berdating, sambil menambah koleksi dosa….

Badr: Baru-baru ni dating kat MINES…best giler… Siap tangkap gambar guna mesin Jepun yang tak pernah Badr hargai sebelum ni…

One Response to “Dating…What’s wrong?”

  1. coachsha Says:

    muahahahahah!!!! what a pair the two of you. awww….after this gonna get coach ridz to go that mesin jepun and posing ala-ala romantik gitu!! muahaha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: