Aktiviti ku sebelum perkahwinan ku…Hehe

“Masha Allah…Biar betul?” Itulah antara respon spontan mereka yang mendengar aktiviti Badr sewaktu balik Penang untuk kahwin ni… Ye la, mana tidaknya, ada ke patut lagi 3 hari nak nikah Badr bagi ceramah kat bebudak UPSR? Hehehe..Bagi Badr, patuuuuuuttt. Iya lah…lagi dekat dengan peristiwa besar dalam hidup, lagi la banyak amal perlu dibuat kan? Alhamdulillah pagi tadi Badr berjaya berkongsi secebis pengalaman dan ilmu dengan calon-calon UPSR SK Pauh Jaya… Enjoy and informative!

Antara yang menarik yang boleh dikongsi ialah apabila ceramah ini berlangsung, tiba-tiba cahaya matahari masuk dengan galaknya dan menyebabkan slides terus pudar. Apa lagi, takkan nak biarkan bebudak ni tak nampak apa-apa yang tertera di slides tu…So, Badr dengan kerjasama cikgu pengiring, ubah white screen dan projektor ke tempat yang lebih sesuai! Haha..pertama kali dalam sejarah Badr ubah tempat waktu berceramah…haha… Alhamdulillah semuanya under control…

Hahaha…satu lagi…pagi tadi, waktu ceramah Badr bercakap bahasa apa tah… nak kata KL bukan KL..nak kata Penang pun bukan Penang…haru biru jadinya…haha…Susah gak oo tetiba nak tukaq..eh silap, tukar bahasa KL ke bahasa Penang… Lepas 15 minit ceramah barulah bahasa Penang tu TIMBUL dengan jayanya…haha.

Oklah, Badr nak teruskan usaha menyempurnakan persiapan kahwin ni… Thanks for your time… Ingat ye, pastikan kita sesuaikan diri dengan suasana, bukan suasana yang menguasai kita…Susah nanti… Kalau dah tahu berdiri di situ tak sesuai, berdiri la kat tempat lain!

Badr : Seronok jumpa dengan Ustazah Fazilah yang dah 12 tahun tak bersua… Thanks for the invitation!

2 Responses to “Aktiviti ku sebelum perkahwinan ku…Hehe”

  1. asha Says:

    da nak kawen org tuuuu….🙂

  2. badrulsani Says:

    a’ah…jemput la datang… eksyen..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: