Pertemuan dan Perpisahan Adat Manusia Biasa…

Alhamdulillah, Badr telah mendapat tawaran kerja dengan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah di Bangi, Selangor baru-baru ini. Dilantik menjadi Pegawai Eksekutif di Az-Zahrah Multi Intelligence Academy (AMPAC), Badr bertanggungjawab dalam memperkembang dan memajukan AMPAC di Bangi. Dalam masa yang sama, Badr masih lagi Pengarah Urusan, Speaker dan Motivator untuk Speak Out Training & Management Services yang kini menjadi salah satu sayap kepada AMPAC.

Dengan penerimaan tawaran ini, Badr secara tidak langsung perlu meninggalkan Pulau Pinang dan menetap di Bangi. Badr terpaksa meninggalkan mutiara-mutiara hati Badr di Teratak Ilmu dan Budi, (Speak Out Training Centre). Pelajar-pelajar darjah 3-6 yang telah Badr anggap seperti adik-adik Badr sendiri…

We are family...

Jadi bagi menghargai ukhuwah ini, Speak Out TMS mengadakan Jamuan Perpisahan pada 20hb Jun yang lepas. Jamuan ini juga diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan Teacher Tuty, salah seorang Tutor di Teratak Ilmu & Budi yang akan memulakan kerjanya sebagai pensyarah di Institut Perkim Goon pada minggu berikutnya…Tahniah Tuty!Suasana gembira bercampur sedih wujud dalam hati Badr meskipun tak ditunjukkan di hadapan budak-budak tu. Apapun, Badr akan sentiasa mendoakan kejayaan mereka dalam UPSR dan dalam kehidupan mereka sebagai little khalifah di muka bumi Allah ini… I love u all…

Senyum!!!!!!!!

Calo bette!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: