Badrul Sani.com kini berwajah baru!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Sukacita dimaklumkan bahawa Badrul Sani.com atau BaDR’s Blog kini telah berubah wajah dan berpindah ke

Wajah Baru BaDR's Blog

www.badrulsani.com

 

 

Sila klik link di atas untuk melawati laman blog yg telah dikemas kini! Terima kasih atas sokongan anda selama ini!

 

BADRULSANI.COM yang baru!

Seperti yg dimaklumkan di atas, blog ini telah berpindah ke www.badrulsani.com . Sila klik link tersebut untuk ke laman blog yg baru. Terima kasih!

BADRUL SANI

Posted in My Eyes. 1 Comment »

Nik Nur Madihah comes to AMPAC!!

9.9.09 – Tarikh keramat yang sukar dilupakan. Di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (dan mungkin juga di hospital-hospital lain di seluruh dunia), ramai ibu-ibu yang beratur untuk melahirkan anak pada hari tersebut. Cantik tarikhnya. Kalau terlupa juga bila birthday anak, jawabnya anda memang teruk! Di China, ramai pasangan yang berkahwin pada tarikh tersebut yang pada perkiraan mereka, nombor 9 itu membawa maksud umur yang panjang.

Me, My Lovely Wife and Impressive Madihah!

Me, My Lovely Wife and Impressive Madihah!

Apa-apa pun, 9.9.09 yang lepas merupakan hari yang istimewa buat Badr. Mana tidaknya, Badr berpeluang untuk bersama dengan Pelajar Cemerlang SPM 2008, Adik Nik Nur Madihah bt. Nik Mohd. Kamal dan ibu bapa beliau di AMPAC. Ya, Madihah dan keluarganya berkunjung ke AMPAC atas jemputan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah!

Read the rest of this entry »

Last But Not Least!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sekadar berkongsi satu kaedah belajar dengan berkesan…

1. Anda perlu kenalpasti apakah mata pelajaran yang anda lemah dan subjek yang anda rasakan anda mampu untuk skor.

2. Anda perlu bijak meletakkan masa yang sesuai untuk belajar kedua-dua kategori subjek tersebut agar anda tidak tersilap langkah.

Dan bercakap tentang waktu untuk belajar, anda akan mudah menentukannya apabila anda melakukan perkara no.1 di atas.

Ya, untuk mempelajari mata pelajaran kategori susah, adalah dicadangkan agar anda melakukannya ketika waktu awal pagi. Kenapa ye?

Kerana pada waktu ini otak anda begitu segar dan mudah untuk mencerap ilmu pengetahuan. Dan kepayahan subjek tersebut sedikit sebanyak dapat diatasi dengan menggunakan kaedah ini. Jangan teragak-agak untuk mencubanya…kerana anda pasti dapat rasakan kehebatan belajar di awal pagi!

Manakala matapelajaran mudah pula anda perlu telaah sebaik sebelum anda tidur. Kenapa ye?

Iyelah, kalau sebelum tidur anda mengadap buku subjek yang anda tidak minat, pasti anda tertidur dengan lebih cepat! Tapi kalaulah subjek yang diulangkaji itu subjek yg anda minat, pasti anda lebih bersemangat meskipun sudah penat.

Hehe..itu saja perkongsian kali ini. Mudah diberitahu tetapi agak mencabar untuk diikuti! Hanya pelajar yang betul-betul serius untuk cemerlang mampu melakukannya!

Badr : Andalah orangnya!

Momentum Mesti Dijana & Dijaga!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari Badr ini ingin berbicara tentang momentum. Ramai yang tahu maksud momentum cuma kali ini apa yang Badr ingin perkatakan adalah kaedah memanfaatkan momentum dalam kehidupan kita sbg manusia juara.

Ramai di antara kita yang suka buat kerja sikit-sikit kemudian berhenti, buat benda lain pulak. Lepas tu, dah lama sikit, sambung balik kerja yang mula-mula tadi tu. Memang tidak disangkal pepatah Melayu ada mengatakan, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit… Tapi prinsip Melayu moden perlu diubah menjadi, “buat sikit-sikit memang pasti hilang momentumnya!” Heheh..

Ya, dengan melakukan sesuatu secara tidak konsisten mampu menamatkan riwayat usaha tersebut. Contoh, jika anda menulis buku, dan tulisan anda dibuat secara tidak istiqamah, percayalah, buku tersebut hanya akan tinggal sebagai coretan pendahuluan dan bab pertama! Kenapa ye? Kerana momentum anda hilang setiap kali anda berhenti untuk menangguhkan sesuatu.  Read the rest of this entry »

Puasa oh puasa…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ya…Puasa bukan semata-mata berlapar dan dahaga. Puasa memiliki signifikan yang jauh daripada itu. Tapi tak perlulah Badr menghurai terlalu terperinci, memadailah dengan berbicara tentang beberapa perkara tentang puasa…

Ramadhan dimuliakan dengan kewajipan ibadah puasa.. dan jangan lupa, Ramadhan juga menjadi amat istimewa dengan penurunan Al-Quran Al-Karim. Justeru, mari kita fokuskan Ramadhan kali ini dengan penambahbaikan dalam dua perkara tersebut…

1) Puasa
Jom kita puasa bulan ini dengan sebenar-benar puasa. Bukan setakat mulut, tetapi juga lidah.. Bukat setakat melakukan amal soleh, tetapi juga meninggalkan perkara mungkar. Kita puasa mata, tangan, kaki dan mulut… Dan kali ini puasa sungguh-sungguh! Biarkan mata kita melihat perkara yang baik, tangan kita melakukan perkara kebaikan, kaki kita menuju ke tempat ibadah dan mulut letih dengan berzikir kepada Allah serta mengucapkan perkara yang mulia semata-mata mulia.

2) Al-Quran
Jom kita baca sungguh-sungguh Al-Quran pada Ramadhan kali ini. Kita cungkil khazanah Al-Quran. Kita lafazkan ayat-ayat suci dengan hati yang cukup ingat kepada Allah. Kita alunkan kalam Allah ini dengan keinsafan, semangat dan penghayatan yang tak berbelah bagi. Kita jadikan Al-Quran sebagai nyanyian dan siulan yang sentiasa bermain di bibir mulut. Biarlah kalau kita humming sekalipun, irama yang dibuat adalah nada bacaan Al-Quran. Come on, this is the month of Ramadhan. Bulan turunnya Al-Quran!

2 benda je… Kita fokus sungguh-sungguh! Kita buat yang terbaik insyaAllah kita mampu jadi yang terbaik. Usah hiraukan orang lain, yang penting Ramadhan tahun ini menjadi berkali ganda lebih baik daripada Ramadhan yang telah berlalu. Takbir!

Badr : Alhamdulillah…Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!

Soalan Itu Kuasa… Soalan Itu Pemusnah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ya, SOALAN atau QUESTION merupakan satu kuasa dan dalam masa yang sama mampu menjadi pemusnah.

Soalan menjadi kuasa apabila anda yang memegangnya. Jika anda yang menyoal / mengajukan soalan, anda sebenarnya sedang memimpin perbualan tersebut. Jika anda yang bertanya, andalah orang yang sedang mengemudi komunikasi tersebut.

Jadi, jika anda berada dalam keadaan tertekan atau seolah diperlekehkan dalam satu situasi komunikasi, anda perlu mengajukan soalan kerana ini akan mengembalikan pengaruh dan kuasa anda dalam komunikasi tersebut.

Ya, semudah itu. Kerana soalan memberikan kuasa kepada yang mengajukannya!

Tetapi dalam masa yang sama, soalan boleh memusnahkan anda dan kredibiliti anda. Ia berlaku apabila anda bertanyakan soalan yang mencerminkan kejahilan dan kebodohan diri. Soalan-soalan yang ditanya menunjukkan anda tidak tahu tentang isu semasa, tidak tahu tentang hukum alam dan tidak tahu tentang aspek yang anda sedang perbincangkan dengan teman/prospek anda.

Jadi, sediakan soalan-soalan yang pintar. Yang menampakkan anda buat homework. Yang menunjukkan anda bodoh dan jahil. Sediakan sekurang-kurangnya 3 soalan cerdik jika anda seorang jurujual, ejen takaful atau usahawan MLM. InsyaAllah ini akan menampakkan anda seorang yang bijak dan seterusnya menampakkan produk anda juga hebat!

Ingat soalan itu kuasa dan dalam masa yang sama, pemusnah!

Badr : Rajin-rajinlah bertanya…soalan yang tidak bodoh!

Posted in My Eyes. 1 Comment »
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.