Sumber : Speak Out’s Diary
Seminar Asas Bijak Berbicara kini sudah dilancarkan. Sepertimana yang diuar-uarkan, Seminar Asas Bijak Berbicara merupakan sebuah platform untuk meningkatkan mutu seni berbicara dan dalam masa yang sama memberikan peluang kepada mereka yang membeli buku Bijak Berbicara Mencuit Rasa sepanjang tempoh promosi ini untuk menjadi seorang yang hebat berkomunikasi.

Destinasi pertama kami ialah Universiti Islam Sains Malaysia! Ya, USIM menjadi pilihan pertama setelah berpuluh-puluh mahasiswi/wanya membeli buku Bijak Berbicara Mencuit Rasa baru-baru ini. Justeru, sebagai penghargaan, seminar ini diadakan terus di USIM bagi memudahkan semua peserta menghadirinya!
Bermula jam 9pg dan berakhir pada pukul 2 ptg, Seminar Asas Bijak Berbicara menyaksikan bagaimana 9 soalan asas paling popular dijawab, dihurai dan dirungkai satu persatu oleh Saudara Badrul Sani. Dengan aktiviti-aktiviti yang padat dan menyeronokkan, seminar ini telah berjaya membuka minda dan mata para peserta tentang kaedah-kaedah praktikal dalam dunia seni berbicara.
Dan Seminar Asas Bijak Berbicara telah ditaja oleh Fusion Excel International yang membolehkan seminar ini djalankan secara percuma! Terima kasih kepada Saudara Alafzar Kusyairi, Presidential Director, yang telah meluangkan masa bersama kami di samping menyampaikan sedikit sebanyak motivasi dan input tentang produk Fusion Excel yang sememangnya hebat.
InsyaAllah, sepertimana harapan para peserta, kami juga meletakkan matlamat untuk melaksanakan lebih banyak seminar seperti ini di universiti/kolej di seluruh Malaysia bersama rakan sekutu kami, Fusion Excel International.
Mudah-mudahan kita mampu untuk membangunkan pontesi modal insan di negara ini dengan jayanya!
Testimonial Program
Pada pendapat saya, Seminar Asas Bijak Berbicara amat menarik dan bagus untuk semua lapisan masyarakat terutamanya bagi mahasiswa mahasiswi university. Seminar ini juga dapat menambahkan pengetahuan yang berguna kepada saya dan dapat membentuk diri kea rah yang lebih baik. Ini menjadikan saya semakin berani untuk berbicara.
NUR FADHILAH BT. KAMARUDIN
Seminar ini amat berkesan dan dapat memberikan keyakinan kepada saya untuk saya bercakap dan berhadapan dengan orang ramai. Sedikit sebanyak member kesedaran kepada saya betapa pentingnya berani dan bijak berbicara. Yang penting saya peroleh keyakinan dan enjoy dengan program ini! Thank u Abg Badrul!
NOR FARAH BT. MOHD. FARID
Fantastic… berjaya menyampaikan mesej…TAHNIAH…mampu menjadikan saya seorang yang tidak T.A.K.U.T.. Begitu memberangsangkan!
RAFIDAH BT. WAHAB@ABDUL WAHAB
Sangat berkesan, seronok, best sangat… Sangat professional dan banyak informasi yang dapat dijadikan ilmu yang sangat berguna dan tips-tips yang efektif!
NOR AZIMAH BT. ABDULLAH
Seminar ini amat berkesan kepada diri saya dalam mengetahui kaedah untuk berkomunikasi dengan efektif. Selain itu, saya dapat mengetahui cara untuk mengatasi perasaan gemuruh ketika bercakap. Program ini juga menjadikan saya lebih berani untuk bercakap.
NURUL AZREEN BINTI SAYUTI
Badr : Untuk pertama kalinya, Badr menyampaikan ceramah secara ‘couple’ dengan adik/junior/business partner, Saudara Alafzar Khusyairi. Seorang yang dahulunya pendiam tapi kini sudah hebat berbicara. Dan dalam masa yang sama, sedang membina empayar perniagaan yang berjaya. Pendapatan yang masyuk setiap bulan dan asset yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah berkat membantu ramai orang dalam perniagaannya.
Apa yang Badr belajar daripadanya ialah, janganlah kita cakap berapi-api tapi akhirnya tak buat apa-apa. Dengan kata lain, tak usah kita hangat-hangat tahi ayam. Lepas tu entah ke mana. Dulu berbicara bagai juara, tapi kini ke mana hilangnya. Yang penting buat, lepas tu baru cakap… Hehe…
Semoga kerjasama dengan Fusion Excel ini akan berterusan untuk manfaat bersama!






September 19, 2009 at 8:17 am
salam,smg a.bad sihat dan bahagia di samping keluarga..terima kasih a.bad berjaya mengubah minda semua untuk lebih cemerlang dalm berbicara….satu kata2 yang paling saya ingat masa a.bad datang kat usim ialah cabaran a.bad kpd kami untk menjadikan tahi menjadi wangi…..kata2 tu ade makne yang tersendiri, betoi x….kite mesti manfaatkan diri kite untk orang lain….InsyaAllah saye akan manfaatkan setiap ape yg diajar…doakn saye spy dapt lbh cemerlang dlm berbicara..time kasih…
October 9, 2009 at 9:54 am
salam… thank u so much… betul,biarlah kita hidup sebagai manusia yang memberikan manfaat kepada manusia yg lain… dan semua ini bermula dengan diri kita, minda kita! InsyaAllah abg badr doakan kecemerlangan liyaz dalam dunia berbicara dan lapangan dakwah… Ameen