Lidah Kelu Ketika Berbicara?
Pernahkah anda tatkala sedang berbicara dengan semangat, tiba-tiba,lidah anda kelu dan otak anda blank? Tidak tahu apa nak dikata…? Hilang punca apa yang ingin dibicara…?
Sebenarnya ‘fenomena’ ini kadang-kadang berlaku juga kepada Pembicara Gemilang. Dan ia sudah pasti mengganggu kecemerlangan bicara anda!

Kadang-kadang semua orang blank!
Jadi apa yang patut kita lakukan ye?
1) Apabila blank, anda senyum terlebih dahulu… Kenapa? Tampak yakin dan profesional. Dan yang paling penting, dengan senyuman di wajah anda, audiens tidak dapat mengesan bahawa anda sebenarnya hilang idea untuk berbicara.
2) Semasa senyum, tarik nafas dan relaks. Maksud Badr, fizikal dan mental mesti relaks. Yup, minda anda perlu relaks! Jangan gelabah dan nampakkan kegelabahan anda. Terima hakikat bahawa anda terlupa apa yang nak dicakapkan. Dan ingat, orang tak faham apa yang berlaku dalam minda dan hati anda, tetapi orang faham bahasa badan!
3) Selepas relaks, perhatikan slides atau nota yang anda bawa. Lihat semula apa yang telah anda bicarakan sebentar tadi. Kemudian dengan penuh ketenangan, anda ulang sedikit perkara yang telah dibicarakan dan olah perkara tersebut dengan ayat dan idea yang baru. Yup, penstrukturan semula idea mesti dilakukan pada masa tersebut!
4) Kemudian anda teruskan dengan huraian tentang topik yang anda bentangkan!
That’s all. It’s simple but it gonna help to save your life as a great communicator! Ingat, semua orang mengalami masalah ini. Cuma yang membezakan Pembicara Gemilang dan Pembicara Kecundang ialah bagaimana dia melihat dan mengendalikan masalah yang mendatang. It’s all about your mind!
Badr : Alhamdulillah, walaupun kadang-kadang blank, still dapat control keadaan…





Selepas senaraikan masalah, barulah anda fikirkan pulak penyelesaiannya. Tuliskan…Badr ulangi TULISKAN penyelesaian tersebut di sebelah masalah yang anda senaraikan. Anda pasti terkejut kerana sebenarnya ada banyak penyelesaian untuk sesuatu masalah itu. Yang penting THINK WITH INK!
OK, hari ni Badr nak berkongsi dengan anda semua tentang teknik untuk berbicara menerusi telefon. Errmm, penting sangat ke tajuk ni? Dengar macam senang, tapi hakikatnya ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana cara sepatutnya tatkala berbicara di gagang telefon.
Subhaanallah, 2 dan 3 Julai 2008 yang lalu merupakan hari yang cukup bermakna untuk Badr dan Speak Out AMPAC. Pertama, Badr dijemput untuk menjadi penceramah bagi Bengkel Pidato yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bengkel Pidato yang diadakan serentak bersama Bengkel Penulisan Kreatif dan Bengkel Pantun ini dibuat bersempena Program Gilap Bahasa anjuran DBP, PPD Seberang Perai Utara & Tengah dan Persatuan Bahasa Melayu SMK Pokok Sena.




Sepanjang penjelajahan Badr dan Speak Out AMPAC di sekolah-sekolah, sebahagian besar pelajar-pelajar yang menghadiri Seminar Brilliant Students pasti mendengar lagu semasa mentelaah pelajaran… Ada yang mendengar lagu pop, lagu rock, R & B, rap, techno dan ada jugak yang dengar dangdut!

